K-LIQUID CHLOROFIL
Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll:
- Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
- Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
- Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah
Apakah Klorofil?
Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen
hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”,
klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga
daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air
dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu
diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa –
sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.
Mengapa Alfalfa?
Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih
klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam
untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan
lain-lain.
Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil
sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi
merangsangkan kesihatan yang baik.
Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan
Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat
mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan
badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur
oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme
pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA.
Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan
bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca
utama kepada penuaan.
Klorofil sangat kaya dengan:
Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid
pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium,
fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.
Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti
Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing
telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana
menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari
sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan
sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya
ketahanan.
Ciri-ciri Penghasilan Darah
Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans
Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan
ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil
mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah
merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes
anemia dan keadaan kekurangan darah.
Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan
Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat
berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan
sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau
juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih
tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun,
selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah
bertambah dan kesihatan juga meningkat.
Mengurangkan Masalah Badan
Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan
klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah
menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit
yang mendapat ulser perut.
Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit
Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil
menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman.
Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari
Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan
luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan
.
Berminat mendapatkan K-link K-liquid Klorofil sila hubungi saya. Pakej istimewa dengan pembelian 5 botol k-liquid klorofil dapat 1 botol percuma..